Tuesday, October 26, 2010

KENAPA RANCANGAN PERNIAGAAN (KERTAS KERJA PINJAMAN) BEGITU PENTING ?

Rancangan Perniagaan atau lebih dikenali kertas kerja pinjaman merupakan dokumen penting untuk penilaian sebelum sesuatu pinjaman atau geran diluluskan. RP (Rancangan Perniagaan) amat berguna kepada si pemberi pinjaman untuk menilai sesebuah perniagaan berpotensi atau mampu untuk membayar balik pinjaman yang diberi.

Apa yang ada dalam rancangan perniagaan ?

1) Profail syarikat dan biodata pemilik syarikat Melalui pengenalan syarikat pihak pemberi pinjaman dapat mengetahui dengan lebih detail latar belakang sesebuah syarikat dan jenis perniagaan yang dijalankan. Pengalaman pemilik perniagaan juga amat penting untuk mengetahui keupayaan pemilik menguruskan syarikat selain kursus-kursus yang pernah disertai.
2) Jenis Perniagaan yang akan dijalankan dan perancangan perniagaan (Produk, promosi, persaingan dan peratus penguasaan dalam pasaran, pemasaran, dan analisa kewangan).Pemberi pinjaman perlu mengetahui jenis perniagaan dan produk yang dikeluarkan, samada jenis jualan produk atau perkhidmatan. Potensi perniagaan banyak bergantung kepada jenis produk atau perkhidmatan diberi. Pemberi pinjaman dapat menjangkakan keberuntungan perniagaan melalui pelbagai faktor seperti promosi, persaingan, lokasi, pasaran, pemasaran dan analisa kewangan.
3) Penyata Kewangan Tahun Kebelakangan dan Penyata Kewangan Ramalan. Potensi pemilik perniagaan membayar balik juga diukur melalui prestasi kewangan tahun sebelum, kedudukan kewangan dan keberuntungan dapat dijangka melalui aktiviti perniagaan tahun kebelakangan. Melaluinya juga ramalan penyata kewangan dapat dibuat.

Selain dari yang dinyatakan, unjuran aliran tunai juga amat penting untuk mengetahui keluar masuk tunai dan kemana tunai digunakan. Dengan tunai pinjaman akan dilunaskan. Oleh itu, lebihan tunai amat penting bagi pihak pemberi pinjaman. 

Rancangan perniagaan juga penting untuk pengurusan membuat perancangan masa depan dan membuat keputusan pelaburan.

No comments: